Throwback: kenangan kita :')
 |
| kawan2 yg aku maksudkan. comey tak kami?? comeyy hahaha |
Assalamualaikum.. ehem ehem *batuk sikit* hari ni aku nak cer pasal throwback. nak tau throwback apa? nak tau? are u ready kids? i can't hear you.. ceewah spongebob katenye. tapi bukan pasal spongebob ye. pasal kawan-kawan aku yang tercinta lagi tersayang :'). diatas tu la mereka. hehehw
- okey kita mula dengan aku kenalkan diri mereka. yang tudung merah pose ala2 model tu nama dia khirulnisa bte mohd ramli. dia cakap sama kami dirumah atau ahli keluarga dia panggil dia nisa. tapi kami panggil dia khirul. dia ni seorang yang rajin dan hmm apa nak cakap ya. semua yg dia buat sangat berkeyakinan terutama dalam pelajaran. dia ni pantang dicabar dia selalu sahut cabaran tu dengan keyakinan tinggi setinggi menara berkembar petronas. first impression aku sama dia ni. hmm aku ingat dia ni sombong. sbb dia jarang senyum sama orang. rupanya dia ni rabun sebab tu jarang senyum sama orang lain terutamanya dari jauh. dan dia ada satu sikap yang kami semua tahu. panas baran. apatah lagi kalau pagi-pagi lagi dia moody. hemm jangan ler dibawa becakap ya. hahaha. tapi sebenarnya dia happy go lucky. yalah anak bongsu kan. dia selalu kacau biby dan pernah tampar biby hehehe. tapi biby balas balik. dorang selalu begaduh dan aku sama pika selalu jadi batu api pergaduhan dorang hahahah. jahatkan aku :P tapi kami semua tahu yg kami gurau sahaja. itu cara kami utk merapatkan lagi diri masing-masing. okay cukup untuk khirul.
- now, kita pergi kepada tudung biru yang ditengah pegang monopod tu. antara kitaorang dialah paling lawa . paling kurus tapi kuat makan.walaupun kuat makan tapi dia ni tak pandai-pandai gemuk. nama dia aleeyana afeefa binti ayub. kami panggil aleeyana atau yana. keluarga dia slalu panggil dia lina. haha tak kesahla kan. tapi dia tak suka orang panggil dia afeefa. awkward katanya. hahaha tapi kami kadang2 panggil juga dia begitu sbb mau seluru dia.dia ni pun seorang yang rajin dan mendapat 8A dalam PMR.huh ajaibnya kan. dia cakap kat rumah mana ada dia belajar and u know what dia menangis masa pmr, subjek sejarah sebab dia tak baca apa pun. tapi sekali keluar result gempak gila beb! ahaha . first impression aku sama dia ni pun sama sombong. tapi sebenarnya memang muka dia begitu. yalah tak kenal maka tak cinta kan :P kami mula rapat masa tingkatan 2 dan tingkatan 3 kami semua baru tahu yg kami ni satu kepala. gila-gila lah! dia ni tak kira cuaca panas ka sejuk, dia mood okay ka tak okay ka, nervous ka tak ka, tangan dia selalu basah. sampaikan kalau masa nak cuti sekolah kami mau salam dia tak mau. sebab tangan basah. hah, yang menariknya lagi dia nibila kami beraya satu kelas. dari rumah pertama sampai rumah terakhir tak berhenti makan makan dan makan. hahahah tapi badan hemmm tak payah cakap masih juga kurus. naik jeles aku dibuatnya. paling penting lagi dia ni sporting XDD kelako orangnya. haha. okay cukup untuk aleeyana. kita pergi ke yg seterusnya.
- hah ! ni paling aku tak sabar nak describe orangnya. hahaha dia ni plaing rapat dengan aku. nama pun hampir sama. nama dia siti nuraizzah atirah binti asari. kami panggil dia terutama aku siti. yg lain panggil dia biby. kami dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 tak pernah berenggang. sampaikan cikgu2 ingat kami ni kembar. muka kami ndala sama sangat tapi tingkatan 1 sampai tingkatan 3 kami ni hampir serupa ketinggian tapi dia ni kurus la dari aku. hehehe. first impression aku sama dia ni 'lidut'. yalah semua pergerakan dia slomo. hahaha lidut atau dlm bahasa melayu maksudnya lembab.Selain tu, dia ada habit yang sampai sekarang aku rasa masih wujud dalam diri dia nda kenal waktu dan tempat hahaha. apa dia? TIDUR. yes tidur . dalam kelas tidur, masa ada cikgu ka tiada ka masa exam ka masa tengah baca buku ka dia pandai betul tetidur. dikira habit ka tu? hahaha kasi iya ja la. pernah satu hari dia tertidur dalam kelas fizik yg diajar cikgu Joe, boleh2 dia tidur yang lucunya cikgu joe nampak XD lucu gila and maybe start from tu cikgu joe perhati ja dia ni dan kalau dia tertidur cikgu joe akan tegur dia hahaha habis satu kelas kasi ketawa dia, tapi dia ni takda perasaan orang kasi ketawa boleh2 lagi dia senyum. hahahaha tapi merah jugala muka dia. sama jugak kelas Kimia oleh Teacher Rosemary. bila dia tertidur konfirm dia kena tegur oleh teacher pastu kena suruh cuci muka hahahah nasib la masa form 5 ni teacher garang-garang sayang orang bilang. sbb masa form 4 dulu pergghhhhh tertidur ja dalam kelas dia konfirm satu jam kelas dia satu kelas la ko belajar dalam keadaan berdiri ( aku pun pernah kena sebenarnya ) hehehe lepastuaku cuba tidak tidur dalam kelas dia. tapi c biby dari form 4 x jugak berubah hahahaha. sampai kan waktu tuisyen kimia pun dia tertidur?? hahaha cerita betul ni masa kami tengah syok2 dengar penerangan teacher tetiba cikgu tepuk tangan menghala ke depan. kami terkejut jugak kenapa teacher buat camtu. rupa-rupanya ada satu orang hamba Allah ni tertidur hahahahah aduiihh punya lucu sampai sekarang kami masih ingat okay XD hahah apa lagi riuh la kelas tuisyen dengan ketawa kami, nasib kami lapan orang termasuk 2 orang dari sekolah lain.kalau tidak lagi bising kelas tu kot. teacher pun nda tahan dia pun ikut ketawa. tapi ada satu kebaikan tau dari habit dia tu semua cikgu start kenal dia dorang panggil dia apa " SITI TIDUR ". ada kebaikan rupanya hahahaha. selain dari tidur dia ni pun ada penyakit yang dinamakan blurr. blurr habiss hahahaha. kami benda yang lawak kan beberapa saat ja mau tangkap dia kan orang habis ketawa baru dia paham pastu ' ohh ohhh ' pastu baru ketawa hahahaha ini ada kaitan la sama slomo dia tu hahahaha.okay enough la panjang sangatkan? hahaha sebenarnya banyak benda best pasal dia ni cuma aku ingat2 lupa. sebab aku ni la asyik bekepit sama dia deiiii XD
- bersambung -